SeLamAt PeGanTin BarU
Archive for the ‘beautiful day’ Category
tawen
December 18, 2008towel cake
December 17, 2008
BARANG-BARANG YANG DIPERLUKAN
* jarum peniti
* buah hiasan ~ size kecil
* lidi ~ cucuk di bawah buah hiasan
* reben ~ mengikut kesukaan anda
* tuala ~ size, terpulang kepada anda
* bunga hiasan ~ fresh flowerpun boleh
CARA-CARANYA
1 & 2 lipat towel secara memanjang sebanyak 3 kali
3 gulung tuala sehingga habis dan terbentuk bulat dan kemaskan lipatan dengan jarum peniti
4 hiaskan keliling tuala dengan reben organza mengikut kesukaan anda dengan menyematkan jarum peniti
5 anda boleh hiaskan dengan buah hiasan. Cucukkan lidi di celah lipatan tuala ~ buahan hiasan juga boleh digantikan dengan menggunakan lolipop
6 hiaskan tuala dengan bunga mengikut cara anda
kongsi
December 16, 2008start je cuti sekolah
musim kawen & mengikat kasih datang dengan berlumba-lumba
masa ni la, orang mengambil peluang untuk membuat majlis perkahwinan @ pertunangan
tapi perlu diingat
zaman kegawatan ekonomi semakin dekat
so, kita perlula berjimat cermat dari segi hal
bila rakan-rakan saya tengok pic enganged
ramai kata saya punya caremony agak sakan
sebenarnya majlis saya teramatla simple
saya rasa tidak salah saya berkongsi serba sedikit cara belanjawan semasa majlis pertunangan saya
cara ini hanya sesuai untuk majlis bertunang sebab untuk Wedding lebih baik serah pada yang pakar
@
PELAPIK DULANG
@
oleh kerana sebelum ini saya tiada adik beradik yang berkahwin lagi
maka untuk pelapik dulang saya terpaksa sediakan sendiri ~ dimana saya telah buat sendiri dari proses memotong sehinggala proses menjahit ~ teramatla buruk hasil potongan saya 🙂
paling feed up mengadap mesin jahit yang seperti tidak suka pada saya tapi saya suka hasilnya 🙂
PHOTOGRAPHER
Photographer saya pada hari itu adalah my lovely cousin Wanie & Mas [bff]
Tens a lot…muaaaxxx. Korang memang berbakatla pada hari itu.Next time bleh tolong lagi yer..:D
semua gambar telah di edit oleh saya sendiri,edit cincai-cincai je
PAKAIAN
@
Ada beberapa orang teman kata baju saya nampak mahal & agak sakan tapi sebenarnya cos menjahit teramatla murah ~ only RM35.00 ~ saya pun agak terkejut,di mana saya telah bajet RM200.00 untuk upah jahit baju ini
Bagi hiasan di tangan & leher, saya jahit labuci sendiri ~ jahit bodoh-bodoh je 🙂
kalau pakar tengok,sure kena gelak 😀
HAND BOUQUET
@
hand bouquet pula, saya gubah sendiri
saya pakai main cucuk sahaja
apa yang perlu saya beli hanya bunga 3 jambak yang berharga RM10.00 & gabus pemegang RM 3.00
hasilnya memang saya suka kalau tak suka
siapa lagi nak sukakan?
MEKAP UP
saya memang tidak terror dalam bab-bab menconteng muka ni
oleh itu saya serahkan kepada yang pakar ~ RM 80.00
kalau saya buat sendiri,lain pula jadi ye
Rasanya takde siapa yang berani nak tengok
ntah-ntah boleh pengsan 😀
@
HIASAN KEPALA
Untukveil & side crown saya sewa ~ untuk 2 barang ini hanya RM 50.00
ikutkan veil saya mahu jahit tapi nanti lain pula jadi
kalau beli harganya memang tidak berbaloi
lepas ni make sure saya dah tak pakai
tudung saya pakai memang sedia ada cuma saya make over sikit je
@
HANTARAN
@
hantaran telah digubah sendiri oleh saya
main pakai hentam je~tangan saya memang tak berseni
tapi saya memang suka buat benda2 ni 🙂
malahan sirih junjung turut digubah sendiri oleh saya
nanti saya tunjukkan cara mengubah tuala menjadi cake
@
BILIK
@
Saya tidak membuat sebarang decoration hanya menukar cadar
Cadarpun saya tidak beli ~ memang simpanan ibu saya untuk anak lakinya tapi saya sudah guna dulu
nanti beli lain ya 🙂
Bukan apa saya teramat berkenan dengan cadar itu ~ sebab ada warna tema saya 😛
Semua ini bergantung kepada hak individu bagaimana untuk mengguruskannya, paling penting majlis perlu berjalan dengan lancar dan selamat.
Jutaan terima kasih buat my cousin Wanie a.k.a bucitot & cik mas [my besh friend] kerana sudi mejadi peneman saya, bukan tiada kawan tapi kawan-kawan saya terlalu jauh untuk datang, tambahan saya sekarang sudah berpindah di Utara sedangkan mereka di Timur. Cuma cik mas sahaja yang dapat hadir kerana dia berada dengan saya sekarang.Hope kita selalu dapat bersama-sama 🙂
Alhamdullilah
December 15, 2008

a big LOVE
December 11, 2008acara lumba-lumba
December 10, 2008saya mohon maaf andai beberapa hari ini
saya tidak dapat membalas @ muncul di blog anda
kerana saya akan bercuti untuk mengguruskan urusan mendirikan masjid & acara menyunting
saya juga terlalu sibuk dengan urusan opis sehingga saya tidak tahu apa yang saya lakukan
kadang2 macam blur je & tidak tahu hendak lakukan apa
mungkin kerana bahang itu semakin dekat
membuat saya agak gabra ~ saya agak cepat gelabah 🙂
tambahan wabak disunting di kejiranan saya
sekarang semakin merebak
rupanya bukan dalam rumah saya sahaja yang akan ada acara menyunting
tapi beberapa bunga dikejiranan juga akan disunting
tapi itu saya tidak kisah~terpulangla pada diaorang nak bertunang berapa ramaipun
malahan saya turut gembira
tapi yang buat saya agak tidak selesa
terdapat beberapa insan ni ~ insan ni bkn my family
seperti berlumba-lumba untuk berlawan
berlawan wang hantaran siapa yang paling tinggi
tolonglah..saya paling benci terlibat dalam acara seperti ini
saya cuma berminat dalam acara lumba lari je
saya bukan barang untuk dijual okeh
itu sebab saya tidak suka inform awal2
mengenai wang hantaran,
tu belum lagi nak banding-bandingkan
benda lain ~ etc : baju,barang hantaran & apa entah lagi yang nak dibandingkan
saya memang rimas berada dalam situasi begini
notakuku : saya pelik kenapa hantaran selain makanan dikatakan membazir ~ blur saya semakin blur
maaf
December 3, 2008tempat : dalam bilik,atas tilam
masa : pada satu petang
reaksi : berguling seperti blue hyppo
Masa lepak-lepak dengan seorang teman rapat yang teramat rapat
***********************
big congrates dear
December 1, 2008sape berani pakai
November 26, 2008Ni antara lakaran baju untuk my day