Archive for the ‘life’ Category

surah YASSIN

December 11, 2008
RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut “SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM” diulang sebanyak 7
kali
untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:

YA-ALLAH YA-RAHIM,

ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

YA-ALLAH YA-RAHMAN,
kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh
dan mencintai islam
YA-ALLAH YA-RAZZAK,
kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.
YA-ALLAH YA-JABBAR,
makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini
YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR,
jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin
YA-ALLAH YA-WADUUD,
kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin
YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM,
makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku
AMIN.

bunga vs buaya

November 28, 2008

Tips-tips untuk mengenal-pasti si dia sebenarnya suami orang :

1. Bila berbual dengan kamu, matanya tidak memandang wajah atau muka kamu kerana takut pembohongannya dikesan.

2. Ketika sedang berjalan-jalan dengan kamu matanya liar memerhatikan sekeliling kerana dia teramat khuatir kalau-kalau dia terserempak dengan rakan-rakan isterinya atau saudara-mara.

3. Jarang mengajak kamu makan di tempat terbuka untuk menjaga ‘line’ dengan makan di tempat-tempat yang terceruk dan tersembunyi. Besar kemungkinan dia akan mengelakkan diri ke satu-satu tempat, meskipun berkali-kali kamu mengajaknya.

4. Sukar untuk menghubungi telefon bimbitnya kerana sering tidak dapat dihubungi. Mungkin dia menggunakan 2 atau 3 talian (simcard) dan kamu hanya mempunyai nombor talian yang dikhaskan untuk menggatal.

5. Sama sekali tidak akan mengajak kamu datang ke rumahnya untuk bertemu kedua orang tuanya.

6. Dalam keretanya ada tanda-tanda kehadiran budak kecil (anak dialah!) seperti anak patung, selipar, puting ataupun tompok-tompok kotor, kesan susu/minuman tumpah di kusyen kereta.

7. Bila bersembang tentang rahsia wanita, pengetahuannya amat luar biasa kerana dia sendiri pernah tinggal serumah, sebilik dan sekatil dengan wanita.

8. Tahap kemiangan dan kegatalannya melampau, mungkin kerana terlalu dikongkong oleh isterinya. Bila memandang tubuh kamu, matanya kelihatan amat menakutkan (tafsir sampai ke dalam, kata orang tua).

9. Perutnya buncit atau boroi kerana makan dan minumnya dijaga oleh isteri mithali yang baik dan setia di rumah.

10. Bila telefon bimbitnya berbunyi, dia akan pergi ke tempat yang agak jauh daripada kamu untuk menjawabnya atau jika di dalam kereta dia akan membiarkan telefon berbunyi tanpa menjawabnya selepas melihat nombor yang terpapar di screen kerana yang menelefonnya adalah isterinya.

Pekara-pekara yang boleh membantu anda untuk menerima @ tidak si dia [suami orang]

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!
2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.
3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!
4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!
5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!
6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah, kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.
7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!
8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action says louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)
9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita!
10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!
Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua, khususnya wanita.

firman Allah SWT yang bermaksud, “Maka janganlah kamu tunduk (bercakap lemah gemalai) dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik.”(Surah Al-Ahzab, 32)
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” “Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya… .” (Surah An-Nur, ayat 30-31)
Fikir-fikirkanlah


Tips dari sumber: eblog dan SyokKahwin.com
nota kaki : adakah mr.yob suami orang??

waterfall tepian jalan

November 20, 2008
semalam jalan pergi ke pasar malam
bukan sahaja dapat main hujan
tapi disirami dengan air dari jalan
macam dekat waterfall
tahu sahajalah bila jalan dah dilimpahi dengan air
lalu pula en.rapid
tak payah pergi air terjun
nasib payung Mickey mouse besar
dapatla elak daripada mandi di tepi jalan
hari ini kepala rasa berdeyut
harap tak demam
hari ini memang sejuk
[motifnya : sedap kalau tarik selimut]

plusplus

November 19, 2008

hujan lebat + gelap gelita + perut lapar = pasar malam 😀

tag pink by mrs.eila

November 15, 2008
tag pink ni saya ambil dari membe blog y sweet “mrs.eila”.

b4 dat prnhla skali check kat hospital.Alhamdullilah xde ape2
Pemeriksaan ni mmg penting dbuat oleh kte, kaum wanita :>

Time saya study dl,sorang kwn hmpir tkena pyakit ni tp Alhmdullilah dia tlh mbuat pemeriksaan awal
& pbedahan dpat dibuat dengan segera.Nasibla segala cost operation tlh dtanggung oleh pihak U

Mudah2an kte smua djauhkn dari “peyakit” ini.Amin

i’ll married??

November 5, 2008

Emo Comments For Hi5
trase nak korek2 je mata 2…sori klu ayt ni cam “kuren” skit
hangin n myampah tul ngan lelaki y bnyk bunyi n bnyk ckp
ok,klu pramah xkisah tp masalah ye laki ni
apa y dickp ye bnyk gebang & bajet bagus je

pastu klu masuk opis org, mata 2 mcm ape ntah
dok jeling pandang2 orang
mcm saya xtau je..wlaupn mata ni der dua + CL
tp saya de kose tuk tau mata gatai ko 2 [sori bhs y kuren skit]

der cobaan nk tackle plak
mcm org xtau laki 2 mmg gatai & pantang
tengok ank dara
nasib bos ckp y saya ni dh nak kawen bln 12 ni
opsss….sbnrnya saya xkawen pon tp kazen y nk kawen
tp saya suka bos ckp camtu sb dia tau y kazen dia 2 mmg gatai

bl mr.yob call time dia ada
saje je saya wat megedik spy dia tau
y saya ni dh nak “kawen”
padahal mak call pun sy wat cam mr.yob y call

saya xsuka bl dia datang opis
datang bkn wat pape pn
datang bw cakap dia y besar n penuh kegebangan tu
pastu mata 2 duk melilau
sekali bg 1 debik br tau

paling hangin time Batrisya [niece bos]
tengah bmanja2 ngan saya
msti dia sbukla dtg kat sy
konon2 nk pegang batrisya
tp Batrisya pun xsuka dia
imagine budak umur 4 taun pon xsuka dia..xsuka [penekanan ayat]
so batrisya akn memeluk sy bl laki 2 cuba nk pegang dia
so [bnyk tul so] dgn sengaja tgn laki 2 akan tkena sy
eee…time 2 mmg sy menyampah + hangin = powerpuff girl [Blossom]
smpai terpaksa saya jarakkan Batrisya dr sy
sb sy pun xhingin d touch o laki gatai 2 @ mane2 lelaki
except my muhrim
dh batrisya xmau,xmaula

td dia dh kena sound ngan dak opis
sb mulut dia
dlm ati saya mcm nk menari Hawai je
suka sngt..mmg patut de org y leh sound dia

sejak saya bkerja
saya asyik dganggu oleh laki camtu
saya rindu time study + sek
sb time 2 membe2 b0y sy
xsegatai mcm laki2 itu

masa d U
sy ramai membe lelaki non muslim
tp diaorg amat mhormati kami

*sori entri saya y ke 10o ni agak kuren & menggunakan ayat yang kuren
p/s : laki 2 tengah kena marah ngan bos sy…..:P

besh yer

October 31, 2008

bangun je pagi tnpa gosok gg lg trus
tegok kat luar..yeye..HUJAN..senyum smpai ke telinga
saya SUKA hujan sb nanti mood sy lbh ceria n sy rasa besh sngt…sb per besh?sb cuaca sjuk n nyaman je so sy rs sngt besh tuk p keje

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

sy sngt penat n xsabr mnanti hari esok kerna sok sy dapat brehat dgn senang lenang yer…weekend ni sy xpulang ke rumah krn cuti Dwali br2 ni sy dh pulang ke umah n sudh uruskn apa y perlu d’uruskan..smoga smuanya bjalan dgan lancar n tjadi ape y sy inginkan..~~~~~riang2 d pagi jumaat

About Me Myspace Comments

oh gurl…oh me

October 21, 2008

About Me Myspace Comments
walaupn plbgai dugaan & rintangan y mdatang
kadang2 mmg kuar gak airmata ni klu rs tak ttahan
but i still i..xmau nages dpn org ya
walaupn ssh camane pon sy still bdiri diatas kaki sndiri
but i still perlu some1 tuk mlepaskn & bkongsi apa y tpedam dlm ati ini
tp tdak smua story akn sy luahkn..

Yes!!i know..i’m not Perfect gurl
but it’s my life & i’ll live it how i choose
About Me Myspace Comments***************
~~arini sy emo dlm blog but sy ep dlm dunia y nyata~~
**************

About Me Myspace Comments

Allah is enough for me

October 14, 2008

****************************************************************************************

14 Syawal 1425 – 14 Syawal 1429
sudah genap 4 tahun dia pergi
pmergiaannya ku redhai
perginya mbawa Cinta kami y tdak ksampai
yg pnuh dgn impian y x mgkin akan terjadi
smoga dia dtmpatkan dgn org2 y b’iman
Amin
~Al-fatihah~

memoirs

September 23, 2008
saje upl0ad pic lame2..pic ni tyme stdy dl
msh mude remaja
skun dh xremaja cam dl n mkin b0lat cam doraemon..=P
rase yer ni tyme pose taun 2006
dhla pose leh lecturer bw kami p kat air terjun tuk cari bhn..ape lagi bposing sakanla nsb x jtuh dlm air
klu tidak der y dpt mhilangkn dahaga tyme pose