Salam Aidiladha

December 4, 2008
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN KEPADA SEMUA MEMBE2 BLOGGER:)

hari ini saya agak sedikit menulis & tidak dapat “berchit-chat” kerana saya sibuk mengguruskn hal ofis

esok BESAR kemungkinan saya sudah mula bercuti πŸ˜€

~semoga next week kita dapat bertemu semula !!~

Salam Aidiladha

maaf

December 3, 2008

tempat : dalam bilik,atas tilam
masa : pada satu petang
reaksi : berguling seperti blue hyppo

Masa lepak-lepak dengan seorang teman rapat yang teramat rapat

saya membuat rancangan tidak terperinci dengan memberi idea untuk bercuti,tidak kirala di mana-mana
tapi dalam fikiran saya mahu ke Terengganu @ cameron hingland kerana saya mahu mencari memoir silam di sana
tapi ayat yang dia balas adalah seperti ini

“yelah tu ko,ko dh bertunang mesti susah nak outing dengan ko.Manetau sikit-sikit kena halang”

“InyaAllah pekara itu tidak akan terjadi,saya tetap saya okeh”

***********************

saya tahu ramai yang beranggapan kalau sudah menjadi milik orang,kawan kita akan turut hilang dari kita
kenapa saya berkata bergitu? sebab saya turut berfikiran seperti itu
kenapa saya berfikiran seperti itu?kerana saya sudah mengalaminya
kebanyakkan (tidak semua ya) kawan saya yang sudah menjadi tunangan @ isteri some1
dia akan menyepi tanpa sebarang sms @ pun hanya akan mencari bila memerlukan teman untuk membuat sesuatu yang dia tidak mampu lakukn kerna tunangnya tiada
kadang-kadang SMS akan berkunjung bila dia mahu mengundang ke majlis pertunangan @ perkahwinan untuk menjadikan saya peneman a.k.a flower girl
atau memberi mssg kerana memerlukan seorang teman untuk bertandang ke 1 majlis perkahwinan seorang teman
@

saya tahu bila si gadis sudah menjadi isteri @ tunangan orang
dia perlu menjaga adab-adab kelakuan dan perlu menggurangkan aktiviti yang dilakukan sebelum disunting a.k.a di booked
saya bukan mahu “teman” saya berkelakuan tidak senonoh
cuma 1 pinta saya,janganla berubah hati dalam persahabatan ini
kerna setiap masa & detik dalam hidup ini kita sentiasa memerlukan KELUARGA & SAHABAT
cubala anda fikir,semasa majlis pertunangan @ perkahwinan anda
siapa yang anda nantikan?
@
saya tahu mesti akan ada yang berkata
saya cuma tahu berkata-kata sahaja sebab saya tidak menjadi hak milik orang lagi
Insya’Allah,selepas saya disunting a.k.a di booked
saya akan tetap seperti dulu
saya sentiasa berdoa agar hati saya kepada teman-teman akan tetap seperti dulu
kerana hidup saya akan terasa kosong tanpa insan bernama teman
dengan teman kita akan berkongsi segala- πŸ™‚
saya sentiasa merindui sahabat-sahabat saya
@
**saya memohon maaf andai entri ini menguris a.k.a membuat anda terasa πŸ˜€

one heart

December 3, 2008

Rancangan yang sangat saya gemari time remaja a.k.a budak sekolah
ditayang semula tp dalam season baru
jalan ceritanya pun sudah matang
pelakon-pelakonnya pun sudah memegang watak dewasa
bukannya budak sekolah seperti saya dahulu
tidak silap saya season 1, 5 @ 6 tahun dahulu
rupanya sudah memasuki season 5
selama ini saya telah terlalu sibuk mencari ilmu & beberapa tahun itu saya telah meninggalkan rumah termasuk my lovely tb
pada tahun ini saya berkesempatan untuk mencari memoir saya semula
bila tengok cerita ni, saya sedikit touching kerna jalan cerita episod pertama ini seperti kehidupan saya sekarang yang amat merindui zaman seperti dahulu & teringin untuk kembali ke zaman itu
Ya,saya amat merindui zaman sekolah
tambahan kepada seorang teman yang sentiasa saya rindui
hampir 6 tahun kami tidak bertemu
~one tree hill

“aku still lg contact ngn ayu. dia skrg kat bangi. anak dia pun dah besar 3thn xsilap aku.raya baru ni aku ade beraya umah dia & dia cakap ko ade pos kad raya tapi takde kasi alamat & no. phone so mcmne dia nak call ko?? ko bila nak kawin? skrg kje aper? abang ko dah kawin lom> klu ko nak tahu ayah ayu dah meninggal sebelum aku kawin lagi.. kira dah lama gak lah..”

Form : Teman
Posted : 11/30/2008 12:03 am

**saya terima mssg ini daripada seorang teman melalui FS**



tapi ketahuila teman
saya sentiasa bertanya mengenai dia melalui teman sekolah kita
mengenai dia sudah berkahwin,mempunyai anak & ayah dia sudah tiada
sudah lama saya ketahui
saya rasa sebak sangat kerana dia masih m’ingati saya
tapi saya seperti belum bersedia untuk berjumpa dengan dia
sedangkan sudah lama saya mencari dia

1 anugerah

December 1, 2008
sumber : azry.com.my

big congrates dear

December 1, 2008



bunga vs buaya

November 28, 2008

Tips-tips untuk mengenal-pasti si dia sebenarnya suami orang :

1. Bila berbual dengan kamu, matanya tidak memandang wajah atau muka kamu kerana takut pembohongannya dikesan.

2. Ketika sedang berjalan-jalan dengan kamu matanya liar memerhatikan sekeliling kerana dia teramat khuatir kalau-kalau dia terserempak dengan rakan-rakan isterinya atau saudara-mara.

3. Jarang mengajak kamu makan di tempat terbuka untuk menjaga ‘line’ dengan makan di tempat-tempat yang terceruk dan tersembunyi. Besar kemungkinan dia akan mengelakkan diri ke satu-satu tempat, meskipun berkali-kali kamu mengajaknya.

4. Sukar untuk menghubungi telefon bimbitnya kerana sering tidak dapat dihubungi. Mungkin dia menggunakan 2 atau 3 talian (simcard) dan kamu hanya mempunyai nombor talian yang dikhaskan untuk menggatal.

5. Sama sekali tidak akan mengajak kamu datang ke rumahnya untuk bertemu kedua orang tuanya.

6. Dalam keretanya ada tanda-tanda kehadiran budak kecil (anak dialah!) seperti anak patung, selipar, puting ataupun tompok-tompok kotor, kesan susu/minuman tumpah di kusyen kereta.

7. Bila bersembang tentang rahsia wanita, pengetahuannya amat luar biasa kerana dia sendiri pernah tinggal serumah, sebilik dan sekatil dengan wanita.

8. Tahap kemiangan dan kegatalannya melampau, mungkin kerana terlalu dikongkong oleh isterinya. Bila memandang tubuh kamu, matanya kelihatan amat menakutkan (tafsir sampai ke dalam, kata orang tua).

9. Perutnya buncit atau boroi kerana makan dan minumnya dijaga oleh isteri mithali yang baik dan setia di rumah.

10. Bila telefon bimbitnya berbunyi, dia akan pergi ke tempat yang agak jauh daripada kamu untuk menjawabnya atau jika di dalam kereta dia akan membiarkan telefon berbunyi tanpa menjawabnya selepas melihat nombor yang terpapar di screen kerana yang menelefonnya adalah isterinya.

Pekara-pekara yang boleh membantu anda untuk menerima @ tidak si dia [suami orang]

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!
2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.
3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!
4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!
5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!
6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah, kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.
7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!
8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action says louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)
9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita!
10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!
Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua, khususnya wanita.

firman Allah SWT yang bermaksud, “Maka janganlah kamu tunduk (bercakap lemah gemalai) dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik.”(Surah Al-Ahzab, 32)
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” “Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya… .” (Surah An-Nur, ayat 30-31)
Fikir-fikirkanlah


Tips dari sumber: eblog dan SyokKahwin.com
nota kaki : adakah mr.yob suami orang??

hatibungaoren

November 26, 2008
sumber : Dnoracollection

sape berani pakai

November 26, 2008

Ni antara lakaran baju untuk my day

burukkan??
Designer tengok pun leh menangis sebab
rekaan diaorang saya rosakkan~sori ya
nak wat cane, my idea
tyme ni kat kampung,lupa nak bawa balik magazine
sebab petang dah nak hantar pergi jahit
habis selongkar news paper
tambahan baru habis raya
so banyakla fesyen kat dalam paper
mane yang berkenan habis saya gunting
tapi nasibla petang 2 turun town
sempat rembat majalah NONA
sebab artis cover depan tu mengayakan rekaan yang saya mahu πŸ™‚

ramai yang suggest saya buat kebaya
sorila yer makcik2..saya tak boleh pakai kebaya
nanti saya nampak pendek n gemuk~alasan semata2,xsedar diri tul
lagipun sayangla kain 2 wat baju yang saya tak nak pakai dah
harga untuk sepasang baju ni pun
saya leh pakai tuk makan selama 2 bulan tapi kerana nak bergaya
makan saya tolak tepi dulu :D~tp saya kena kutuk juga la sebab pilih colour y agak mgejutkan orang
tapi takpe saya terima dengan tabah..tengokla bila dh siap nanti πŸ˜€
pasni baru saya tumpukan pada aktiviti makan memakan

Memang seronok bila uruskan persiapan untuk disunting
tapi kena tahan hati & jiwa la
tak boleh bershopping & berpoya-poya dalam beberapa bulan
habis je semua ni
tunggula ko Mall..akan saya daki-daki korang
27.Dec.08 β™₯ sori pic ni sudah saya edit lain kerana saya rasa tidak sedap hati pula πŸ™‚
tens a lot kepada membe2 blog yang sudi bagi komen dekat lakaran ini.Bersemangat sikit saya mahu terima lakaran ini sebab sebelum ini saya dapat tentangan untuk membuat baju seperti design ini πŸ˜€
tak sabar nak tengok hasil nya πŸ™‚

istimewa dari AtiqahAdnan

November 26, 2008

1st tag

1. 7 ciri Wanita/Lelaki Idaman Anda

β™₯ Pegangan Agama Teguh β™₯ Funny β™₯ Bertanggujawab β™₯ Penyayang β™₯ Mulut Bising [peramah :D] β™₯ Berdikari β™₯ Berpengetahuan

2. 7 Wanita/Lelaki yang tak pernah anda minati sepanjang hidup

β™₯ Smoking β™₯ Kedekut β™₯ Pemalas β™₯ Bengis β™₯ Panas Baran + naik tangan β™₯ Cakap Pandai tp otak Kosong β™₯ Tidak Solat

3. 7 Perasaan anda sekiranya keluar dengan orang yang minati

β™₯ Excited πŸ˜› β™₯ Gemuruh β™₯ Shy β™₯ epy β™₯ Gelabah β™₯ Blur β™₯ Suspen

4. 7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda

β™₯ Mekah β™₯ Bali β™₯ Australia β™₯ Paris β™₯ Sabah [my memoir] β™₯ Terengganu [beatiful place] β™₯ My Town [BM]

5. 7 barangan/sesuatu istimewa yang akan anda hadiahkan kepada si dia

β™₯ Cake by me β™₯ Teddy bear [tau mr.yob xmau sb xmacho :P] β™₯ Flower [taik ayam] β™₯ Tie Donal Duck β™₯ Pink T-shirt β™₯ Ring ~ tyme Kawen β™₯ My Heart ~ blushing =^

6. Tajuk lagu yang akan anda nyayikan untuk pasangan anda..

β™₯ Tiada ~ saya tak suka menyanyi sb sore xsedap but i want him sing 2 me “BINTANG~air”

2nd Tag

What were you doing 5 years ago?
β™₯ study hard + β™₯ mengadap work visual
What were the 5 things on your to do list today?
β™₯ lunch wiz cik mas β™₯ siapkan akaun β™₯ check email β™₯ cari barang di BJ mall β™₯ Tido

What are the snacks that you enjoy?

β™₯ kerepek bawang
What are 5 thing that you do if you bilinaire
β™₯ Shopping β™₯ travel β™₯ Bagi my mom & my dad β™₯ Kawen skun juga πŸ˜› β™₯ My dream~Graphic Lemon
What 5 jobs you’ve had?
β™₯ Jadi anak orang πŸ˜› β™₯ Student ~ Kena wat work kira keje jg πŸ™‚ β™₯ Pratical ~ JKKWP β™₯ Graphic Designer β™₯ Admin
Who are 5 person you want to tag?
β™₯ Semua membe blog~ada berani ke? πŸ˜€

lovely tag

November 24, 2008

Tagged by Wizza laling πŸ™‚
saya suka sangat tag ni sb ia lain dari yang lain
idea yang sangat menarik πŸ™‚

Syarat :
1. Tangkap gambar kasot/selipar yang anda pkai ari ni.
2. Mesti kasot sendiri.
3.Tepek kt blog
4.Teg kawan yg sporting.
Oleh kerana dalam opis saya hanya pakai selipar
so saya display selipar saya yang tidak seberapa ini
tapi saya sangat suka dengan warna ini πŸ™‚