Archive for November, 2008

bunga vs buaya

November 28, 2008

Tips-tips untuk mengenal-pasti si dia sebenarnya suami orang :

1. Bila berbual dengan kamu, matanya tidak memandang wajah atau muka kamu kerana takut pembohongannya dikesan.

2. Ketika sedang berjalan-jalan dengan kamu matanya liar memerhatikan sekeliling kerana dia teramat khuatir kalau-kalau dia terserempak dengan rakan-rakan isterinya atau saudara-mara.

3. Jarang mengajak kamu makan di tempat terbuka untuk menjaga ‘line’ dengan makan di tempat-tempat yang terceruk dan tersembunyi. Besar kemungkinan dia akan mengelakkan diri ke satu-satu tempat, meskipun berkali-kali kamu mengajaknya.

4. Sukar untuk menghubungi telefon bimbitnya kerana sering tidak dapat dihubungi. Mungkin dia menggunakan 2 atau 3 talian (simcard) dan kamu hanya mempunyai nombor talian yang dikhaskan untuk menggatal.

5. Sama sekali tidak akan mengajak kamu datang ke rumahnya untuk bertemu kedua orang tuanya.

6. Dalam keretanya ada tanda-tanda kehadiran budak kecil (anak dialah!) seperti anak patung, selipar, puting ataupun tompok-tompok kotor, kesan susu/minuman tumpah di kusyen kereta.

7. Bila bersembang tentang rahsia wanita, pengetahuannya amat luar biasa kerana dia sendiri pernah tinggal serumah, sebilik dan sekatil dengan wanita.

8. Tahap kemiangan dan kegatalannya melampau, mungkin kerana terlalu dikongkong oleh isterinya. Bila memandang tubuh kamu, matanya kelihatan amat menakutkan (tafsir sampai ke dalam, kata orang tua).

9. Perutnya buncit atau boroi kerana makan dan minumnya dijaga oleh isteri mithali yang baik dan setia di rumah.

10. Bila telefon bimbitnya berbunyi, dia akan pergi ke tempat yang agak jauh daripada kamu untuk menjawabnya atau jika di dalam kereta dia akan membiarkan telefon berbunyi tanpa menjawabnya selepas melihat nombor yang terpapar di screen kerana yang menelefonnya adalah isterinya.

Pekara-pekara yang boleh membantu anda untuk menerima @ tidak si dia [suami orang]

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!
2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.
3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!
4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!
5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!
6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah, kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.
7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!
8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action says louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)
9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita!
10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!
Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua, khususnya wanita.

firman Allah SWT yang bermaksud, “Maka janganlah kamu tunduk (bercakap lemah gemalai) dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik.”(Surah Al-Ahzab, 32)
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” “Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya… .” (Surah An-Nur, ayat 30-31)
Fikir-fikirkanlah


Tips dari sumber: eblog dan SyokKahwin.com
nota kaki : adakah mr.yob suami orang??

hatibungaoren

November 26, 2008
sumber : Dnoracollection

sape berani pakai

November 26, 2008

Ni antara lakaran baju untuk my day

burukkan??
Designer tengok pun leh menangis sebab
rekaan diaorang saya rosakkan~sori ya
nak wat cane, my idea
tyme ni kat kampung,lupa nak bawa balik magazine
sebab petang dah nak hantar pergi jahit
habis selongkar news paper
tambahan baru habis raya
so banyakla fesyen kat dalam paper
mane yang berkenan habis saya gunting
tapi nasibla petang 2 turun town
sempat rembat majalah NONA
sebab artis cover depan tu mengayakan rekaan yang saya mahu πŸ™‚

ramai yang suggest saya buat kebaya
sorila yer makcik2..saya tak boleh pakai kebaya
nanti saya nampak pendek n gemuk~alasan semata2,xsedar diri tul
lagipun sayangla kain 2 wat baju yang saya tak nak pakai dah
harga untuk sepasang baju ni pun
saya leh pakai tuk makan selama 2 bulan tapi kerana nak bergaya
makan saya tolak tepi dulu :D~tp saya kena kutuk juga la sebab pilih colour y agak mgejutkan orang
tapi takpe saya terima dengan tabah..tengokla bila dh siap nanti πŸ˜€
pasni baru saya tumpukan pada aktiviti makan memakan

Memang seronok bila uruskan persiapan untuk disunting
tapi kena tahan hati & jiwa la
tak boleh bershopping & berpoya-poya dalam beberapa bulan
habis je semua ni
tunggula ko Mall..akan saya daki-daki korang
27.Dec.08 β™₯ sori pic ni sudah saya edit lain kerana saya rasa tidak sedap hati pula πŸ™‚
tens a lot kepada membe2 blog yang sudi bagi komen dekat lakaran ini.Bersemangat sikit saya mahu terima lakaran ini sebab sebelum ini saya dapat tentangan untuk membuat baju seperti design ini πŸ˜€
tak sabar nak tengok hasil nya πŸ™‚

istimewa dari AtiqahAdnan

November 26, 2008

1st tag

1. 7 ciri Wanita/Lelaki Idaman Anda

β™₯ Pegangan Agama Teguh β™₯ Funny β™₯ Bertanggujawab β™₯ Penyayang β™₯ Mulut Bising [peramah :D] β™₯ Berdikari β™₯ Berpengetahuan

2. 7 Wanita/Lelaki yang tak pernah anda minati sepanjang hidup

β™₯ Smoking β™₯ Kedekut β™₯ Pemalas β™₯ Bengis β™₯ Panas Baran + naik tangan β™₯ Cakap Pandai tp otak Kosong β™₯ Tidak Solat

3. 7 Perasaan anda sekiranya keluar dengan orang yang minati

β™₯ Excited πŸ˜› β™₯ Gemuruh β™₯ Shy β™₯ epy β™₯ Gelabah β™₯ Blur β™₯ Suspen

4. 7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda

β™₯ Mekah β™₯ Bali β™₯ Australia β™₯ Paris β™₯ Sabah [my memoir] β™₯ Terengganu [beatiful place] β™₯ My Town [BM]

5. 7 barangan/sesuatu istimewa yang akan anda hadiahkan kepada si dia

β™₯ Cake by me β™₯ Teddy bear [tau mr.yob xmau sb xmacho :P] β™₯ Flower [taik ayam] β™₯ Tie Donal Duck β™₯ Pink T-shirt β™₯ Ring ~ tyme Kawen β™₯ My Heart ~ blushing =^

6. Tajuk lagu yang akan anda nyayikan untuk pasangan anda..

β™₯ Tiada ~ saya tak suka menyanyi sb sore xsedap but i want him sing 2 me “BINTANG~air”

2nd Tag

What were you doing 5 years ago?
β™₯ study hard + β™₯ mengadap work visual
What were the 5 things on your to do list today?
β™₯ lunch wiz cik mas β™₯ siapkan akaun β™₯ check email β™₯ cari barang di BJ mall β™₯ Tido

What are the snacks that you enjoy?

β™₯ kerepek bawang
What are 5 thing that you do if you bilinaire
β™₯ Shopping β™₯ travel β™₯ Bagi my mom & my dad β™₯ Kawen skun juga πŸ˜› β™₯ My dream~Graphic Lemon
What 5 jobs you’ve had?
β™₯ Jadi anak orang πŸ˜› β™₯ Student ~ Kena wat work kira keje jg πŸ™‚ β™₯ Pratical ~ JKKWP β™₯ Graphic Designer β™₯ Admin
Who are 5 person you want to tag?
β™₯ Semua membe blog~ada berani ke? πŸ˜€

lovely tag

November 24, 2008

Tagged by Wizza laling πŸ™‚
saya suka sangat tag ni sb ia lain dari yang lain
idea yang sangat menarik πŸ™‚

Syarat :
1. Tangkap gambar kasot/selipar yang anda pkai ari ni.
2. Mesti kasot sendiri.
3.Tepek kt blog
4.Teg kawan yg sporting.
Oleh kerana dalam opis saya hanya pakai selipar
so saya display selipar saya yang tidak seberapa ini
tapi saya sangat suka dengan warna ini πŸ™‚

menahan mata&perasaan

November 24, 2008


b4 dat pernah teman membe berdetin tapi semalam follow abang berdetin
kitaorang berjalan sakanla semalam tapi tempat yang kitaorang pergi pun tempat dah biasa pergi
cuma bawa orang baru jela~bakal SIL
my bro duk mengusik saya sebab dia dapat detin ngan tunang dia
rasa nak muntah tiap masa~~hahaha…asyik kata berbulula 2 [maksud yer jeles]
tak langsung…eyarkkkk…hahahahaa :8P
ikutkan memang tak mau ikut tapi saya tetap di paksa untuk follow diaorang
nak tak nak terpaksa tahan kegelian tekak..heheee:)
pe lagi kalau dah bawa saya berjalan
so kena belanja makanla,semalam saya memang asyik nak makan je
buka je mata, bro dah suh bersiap
ayat pertama yang keluar~mahu bfst dulu πŸ˜€
pastu kitaorg dibawa oleh ayah pergi jalan kat Rope Walk ~ tempat berniaga yang terkenal di Penang.Xtaula kat negeri lain ada @ x..dah penat @ exercise kan kaki. kitaorang menuju puncak..opss πŸ™‚ menuju ke tempat lain.
bajet yer nak pergi sure heboh la tapi tak kesampaian sebab tersinggah kat tapak Karnival Usahawan & kakipun dah penat tp perut tak penat lagi..sebelum tu nak pergi rumah pak menakan [bapa saudara] tapi diaorang 1 family xde~dya laling πŸ™‚

selepas hantar ayah balik. Kitaorang sambung lagi ronda2,bajet nak pergi Queensbay tapi besela buah hati bro nak makan laksa batu feringghi.Nasib dah lewat so pergi Padang Kota jela..~~sayapun dah tak berdaya sebab saya dah tergoda tengok Mr.Mcd dekat Gurney
Tapi tak jadi makan Mcd sebab saya tergoda pula dekat Char keow teow [saya selalu fail eja benda alah ni]usahasama seorang artis tapi kurang urmm..malam ni baru nak pergi ke tempat yang urmmm πŸ™‚
balik ke seberang kitaorang naik feri.tau je la kalau bawa kereta naik feri,tahan panas jela tapi hari tu tak ramai penumpang
takpela sekali sekala bawa orang jauh merasa naik feri πŸ™‚


dah perut pun kenyang time tuk tengok wayang pula…my bro & tunang dia nak negok James Bond, oleh kerana tidak mahu menganggu diaorang..saya pilih tuk tengok SELAMAT PAGI CINTA sorang2..:)~~dah orang belanja..jangan malu2 nak tolak pulakkan
lagipun teringin nak tengok sebab ada FAZURA~~ lagipun suka tengok cara dia berlakon.
Film ni bolehla layan tapi nak kata sedih tak la sebab macam tak berapa kuat story dia ~ sori..:) saya layan je la. orangpun tak ramai so tempatpun banyak kosong & leh la layan tido~~xlah πŸ™‚ saya tengok sampai habis ok

sampai rumah pun dah lewat malam..bersihkn diri,solat & iron baju tuk keja.pastu apa lagi layan tidurla.Nasibla pagi tadi saya tak termakan hasutan syaitan πŸ˜› tuk ponteng kerja…heeeee πŸ˜›

sori entri harini panjang dan membosankan πŸ™‚

tagged by farah

November 24, 2008

i choice her
1. What is the relationship of you and him/her?
bestfriend πŸ˜€
2. Your 5 impressions towards him/her.
tabah+sweet+teguh pendirian +lembut tp tegas+good person πŸ™‚
3. The most memorable things he/she had done for you.
sentiasa sabar & terima dengan karenah saya

4. The most memorable things he/she have said to you?
bersabarla kerana Allah lebih sayakan dia~~she always with me
5. If he/she become your lover, you will…
sentiasa menyayanginya
6. If he/she become your enemy, you will…
menangis 😦
7. If he/she become your lover, he/she has to improve on…on his/her
bestfriend 4 ever πŸ˜€ coz kami xbleh berkahwin~~salah wo disisi Agama πŸ˜€

8. If he/she become your enemy, the reason is…

tak mow fikirkan
9. The most desirable thing to do on him/her is?
keteguhan diri πŸ™‚
10. The overall impression of him/her is…
good girl πŸ™‚
*saya pilih dia*
11. How do you think the people around you will feel about you?
what do you think? πŸ˜€
12. The character of you for yourself is?
mudah tersentuh + happy go lucky πŸ™‚
13. On contrary, the character you hate of yourself is?
sensitif ~ nak kuat macam Wonderpet πŸ˜€
14. The most ideal person that you wanna be is?
Muslimah Sejati ~ Insya’Allah πŸ™‚
15. For the people who likes you, say something about them.
I LOVE U ALL :*
16. Ten people to tag:
1. eila/zahiela
2. Atiqah Adnan
3. bunga
4. chick star
5. wizza
6. nurul huda
7. nana
8. mrs.qasehkuhoney
9. mrs.ariba
10.ungu violet a.k.a farah
17. Who is no. 2 having a relationship with?
with mohd rafiqy πŸ™‚
18. Is no. 3 a male or a female?
cuties female
19. If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?
myb yup ~ why not :>
20. How about no5 and no8?
good fwen & cute mommy
21. What is no. 1 studying about?
i think…accountancy~betul ke eila πŸ™‚

22. Is no. 4 single?
nope

23. Say something about no. 6

sweet girl + my new friend πŸ™‚

brosayaSIL

November 22, 2008

Untuk beberapa hari ini, aktiviti saya akan penuh dengan menjadi peneman a.k.a penyibuk orang “berdetin”
mcm zaman dulu2 pulak bila berdetin bawa adik..macam tu la saya akan lalui dalam beberapa hari ini
di mana saya akan meneman abang saya tuk berdetin
penat lor…btw,fiance a.k.a bkl SIL saya akan datang ke Penang harini
so dengan tidak rasminya, saya akan menemani bakal SIL saya & menjadi peneman tidurnya untuk beberapa hari [saya dilantik o my bro bkn penyibuk sdn bhd]
apa2hal diorang pergi mana mesti bawa saya kecuali time saya kerja
time malam bila keluarpun diwajibkn bawa saya
sok saya akan jadi penyibuk diorang tuk berdetin
nak buat macamana,nak detin dengan mr.yob
Mr.yob jauh sangat so menyelik dengan orang berdetin pun okehlah πŸ˜€
apa lagi jom p Jom Heboh la πŸ˜€
itu 1st place saya suggest dekat SIL saya..
Wizza mai la turun jom heboh esok…:D

dunia baru

November 21, 2008

pagi tadi masa on the way ke opis

saya dapat sebekas kek coklat..memang nyummy la πŸ˜€
kek coklat ni diberi oleh seorang kenalan saya tapi saya panggil kakak la.kek coklat akak ni memang sedap..punyala opismate dia suh buat kek coklat tuk dibawa ke opis.
cara kami berkenalan pun secara tidak sengaja dan dia tinggal berdekatan dengan rumah saya

saya amat tidak sangka + bercampur teharu sebab kenalan baru saya ini mengingati saya & menghargai saya πŸ˜€
suka2 sangat…:)
bekas kosong ni,saya masih tak tahu nak balas dengan apa sebab saya takut masakan saya xsedap lor πŸ˜€
btw,saya sebenarnya sebelum ini tidak pernah mempunyai kenalan yang berumur 30+++ so saya agak kekok bila berbual dengan dia tapi saya amat terharu kerana dia menghargai saya sebagai kenalan baru
saya berharap saya akan lebih banyak kenalan sebab saya memang suka berkawan cuma saya agak pemalu untuk memulakannya :D~~
***kek coklat yang memang sedap***
sejak akhir ni,kalau korang perasaanla kan..saya suka tukar layout kan?
sori la kalau buat korang pening dengan kerja-kerja saya yang tak berfaedah ini πŸ™‚
bukan apa selagi saya tidak berpuas hati dan tidak rasa apa yang saya mahu,selagi itu saya asyik tukar layout ni.
buat masa sekarang,saya berpuas hati la dengan layout ini :D~~~xtau la kalau pasni saya akan tukar lagi πŸ™‚
***ep weekend πŸ˜€ ~~~da..mau pulang sudah [opssss….pengaruh olivia]

waterfall tepian jalan

November 20, 2008
semalam jalan pergi ke pasar malam
bukan sahaja dapat main hujan
tapi disirami dengan air dari jalan
macam dekat waterfall
tahu sahajalah bila jalan dah dilimpahi dengan air
lalu pula en.rapid
tak payah pergi air terjun
nasib payung Mickey mouse besar
dapatla elak daripada mandi di tepi jalan
hari ini kepala rasa berdeyut
harap tak demam
hari ini memang sejuk
[motifnya : sedap kalau tarik selimut]